Skip Global Navigation to Main Content
Skip Breadcrumb Navigation
Syarat-syarat Gambar

Arahan

  • Gambar hendaklah muka penuh yang diambil dalam masa enam bulan. Gambar mestilah pandangan penuh hadapan, diambil bertentangan dengan kamera – pandangan sisi atau sudut tidak diterima. Tujuan paling penting gambar adalah untuk mengenal pasti orang tersebut.
  • Gambar hendaklah berukuran 2 inci x 2 inci (lebih kurang 50 mm x 50 mm) dengan kepala berada di tengah gambar. Kepala (diukur dari atas rambut ke bawah dagu) hendaklah berukuran di antara 1 inci ke 1 3/8 inci (28 mm dan 35 mm) dari bawah gambar tersebut.
  • Gambar hendaklah mempunyai latar belakang putih atau putih sejuk. Gambar berlatar belakang warna, gelap atau bercorak tidak diterima.
  • Bagi mereka yang memakai cermin mata, pastikan tiada pantulan di sekitar mata. Gambar yang mempunyai pantulan tidak akan diterima. Gambar memakai topeng muka tradisional atau purdah yang tidak membolehkan kenal pasti cukup tidak diterima. Penutup kepala atau topi diterima hanya jika kepercayaan agama dan apabila muka pemohon terdedah sepenuhnya.
  • Kerana visa berasingan dikeluarkan kepada setiap pemohon yang layak, gambar individu dikehendaki dalam banyak kes. Gambar kumpulan tidak diterima.

Gambar Digital

Gambar yang dihasilkan secara digital hendaklah dihasilkan semula tanpa piksel atau corak bintik yang jelas. Gambar mesin salinan TIDAK diterima.

Melampirkan gambar untuk EVAF

Tampal gambar dengan baik di ruang yang dikhaskan untuk EVAF. Jika gambar dikokot, kokot hendaklah diletakkan sejauh mungkin dari muka pemohon.

Jimatkan masa dan wang dengan mengikuti arahan gambar ini dengan cermat. Jika gambar anda tidak memenuhi syarat-syarat ini, kami tidak akan menerima permohonan visa anda dan anda perlu mengambil gambar sekali lagi. 

Lokasi kedai gambar di Kuala Lumpur

Senarai ini untuk menolong anda mengambil gambar dengan betul. – kami tidak mengesyorkan mana-mana lokasi. Anda tidak diwajibkan menggunakan mana-mana kedai gambar di bawah.

Foto Suria Sdn Bhd
Lot 123 Ground Floor
Ampang Park Shopping Center
Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
Tel: 03-2163 2398
Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat, 8:00 am - 8:30 pm

Shong Lee Photo (M) Sdn Bhd
Lot 185 Ground Floor
Ampang Park Shopping Center
Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
Tel: 03-2162 9355
Waktu operasi: Setiap hari, 9:00 am - 9:00 pm

Quick Foto
1.67 Ground Floor
Ampang Park Shopping Center
Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
Tel: 03-216 10157
Waktu operasi: Setiap hari, 10:00 am - 8:00 pm 

Contoh Gambar

  • photo-sample
    Ambil Perhatian

    Gambar hendaklah dikokot atau dilekatkan ke EVAF. Jika gambar dikokot, kokot hendaklah diletakkan sejauh mungkin dari muka pemohon.