Skip Global Navigation to Main Content
Skip Breadcrumb Navigation
Bioteknologi Pertanian
 

Bioteknologi menjanjikan sesuatu besar dalam bidang perubatan, pengeluaran makanan dan pengurusan persekitaran. Kini, farmaseutikal berasaskan bioteknologi banyak didapati untuk merawat penyakit; dan cara baru membuat vaksin berubah dengan cepat.

Dalam bidang pengeluaran makanan, bioteknologi menghasilkan manfaat ketara seperti pengurangan kos pengeluaran, hasil pertanian yang lebih tinggi, peningkatan keuntungan ladang, dan pengurangan penggunaan racun perosak dan racun herba. Ketika “generasi pertama” tanaman yang diubah gen memberi manfaat kepada pengeluar dan alam sekitar, “generasi kedua” menjanjikan manfaat kepada pengguna. Contohnya beras yang diperkaya dengan besi dan vitamin A, vaksin yang boleh dimakan dalam pisang dan kentang, dan minyak yang lebih sihat daripada kacang soya dan biji sesawi.

Seperti teknologi baru lain, Bioteknologi Pertanian juga mengundang kontroversi. Kerisauan orang ramai termasuk keselamatan makanan dan pemuliharaan kepelbagaian bio dan alam sekitar. A.S. sudah pun mempunyai undang-undang dan peraturan keselamatan makanan dan perlindungan alam sekitar ke atas produk biotek. Pihak berkuasa A.S. menekankan bukti saintifik dan berhati-hati dalam menilai produk yang dihasilkan daripada bioteknologi. Tetapi, A.S. bimbang tentang dasar yang dipengaruhi oleh kepentingan politik dan bukannya prinsip sains.

A.S. menyokong usaha Malaysia untuk membangunkan teknologi baru yang revolusi ini. Pada masa lalu, Kedutaan Amerika telah menaja pembuat dasar, pengawal atur, ahli akademik dan wartawan untuk melawat A.S. untuk mempelajari pembangunan bioteknologi pertanian di A.S. juga sistem kawal selia kami. 

Untuk maklumat lanjut, sila lawat laman web berikut (dalam Bahasa Inggeris):