Skip Global Navigation to Main Content
Skip Breadcrumb Navigation
Duta Besar

Duta Besar

Duta Besar Joseph Y. Yun

Duta Besar Joseph Y. Yun

Duta Besar Joseph Y. Yun telah dicalonkan oleh Presiden Obama pada 23 Julai 2013, dan disahkan oleh Senat pada 1 Ogos 2013 sebagai Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia.

Sebelum ditugaskan ke Malaysia, Duta Besar Yun pernah berkhidmat sebagai Timbalan Penolong Setiausaha di Biro Asia Timur dan Hal Ehwal Pasifik dan juga sebagai Timbalan Penolong Setiausaha di Biro Asia Timur dan Hal Ehwal Pasifik.  Tugas luar negara beliau termasuk di Republik Korea, Thailand, Perancis, Indonesia dan Hong Kong.

Duta Besar Yun menyertai Perkhidmatan Luar Negara pada tahun 1985.  Beliau adalah ahli kerjaya Perkhidmatan Luar Negara Kanan, kelas Menteri-Kaunselor.  Sebelum menyertai Perkhidmatan Luar Negeri, Duta Besar Yun adalah seorang ahli ekonomi kanan untuk Data Resources, Inc, di Lexington, Massachusetts. 

Duta Besar Yun memiliki ijazah dari kedua-dua London School of Economics dan Universiti Wales.  Beliau berkahwin dengan Dr. Melanie Billings-Yun.  Mereka mempunyai seorang anak lelaki.

Maklumat Lanjut